The Facebook Friends' Secrets.

Assalamualaikum and heyy para peminat Manchester City yang sedang tersenyum and peminat Manchester United yang nampak sedikit muram. oh yee. team hoki Malaysia menang tauu.

Current mood: Busy.
Current song: Payphone - Maroon 5 ft. Wiz Khalifa.


well, kali ni nak share tentang Friends kat FB. ataupun dengan lebih detail, friends yang terpampang dekat profile korang. opss. timeline korang. hihihi. okayh, cuba bukak profile or timeline korang, and perasan tak ada

8 Friends (2 rows and 4 columns) kat Timeline korang?


or kalau yang Profile lama, ada 10 Friends kat belah kiri vertically-arranged? 

korang pernah terfikir kenapa selalunya akan ada orang yang sama je ada kat list tu? kalau pernah bagus laa. kalau yang tak pernah tu, sekarang anda dah pun terfikir. sebenarnya saya dah lama terfikir pasal benda ni. and saya ada jugak buat research sikit pasal benda ni. okayh. maksud saya google pasal benda ni. and these are what I've found about this case:



Facebook says they use an algorithm that takes into account the people who interact most with you publicly.
Things like posts they make on your wall, photos where both of you are tagged, events you both attend, comments on each others posts or photos, etc. Facebook does a remarkable job selecting 10 friends from your hundreds or thousands of friends...while keeping it fresh and interesting.


maksudnya, FB ni sendiri ada algorithm, or senang kata coding sendiri (SQL kott) untuk display 10 or 8 friends tuu. macamana pun kesemua 8 or 10 orang tu bergantung kepada balas-balas post kat wall, main comments kat status or gambar especially, gambar-gambar korang yang di-tagged bersama, orang yang anda chat selalu dan yang sewaktu dengannya. faham kann? so, no wonder la kalau kita tengok yang "dia" or "dia" ni ada kat list tu.

then pada suatu hari ni, ada ternampak 2 orang kawan saya ada main print screen that 8 Friends on their Timeline respectively. and baru yang saya teringat and terfikir pasal benda ni. owh yee. mungkin anda rasa yang mereka-mereka tu takde kena mengena or dah lama takde kena mengena, well, you should know that, Facebook knows more than you do.

so bila da tengok kawan saya buat print screen and post kat FB tu, saya terfikir pulak untuk buat koleksi selama 7 hari or seminggu print screen that top 8 friends on my Timeline. and the result is shown below:


you might notice that my total friends is just slightly increased. :p

well, itu lah dia. kita boleh nampak beberapa orang yang tukar gambar. yang lelaki semua hensem, yang perempuan semua cantik. ehemm. okayh. takperlu belanja saya. so conclusion, mostly diorang adalah classmates saya, ex-classmates, ex-room mates, and also my besties. so, korang boleh try la tengok hasil sendiri ye nanti. sekarang pon boleh.

ahhaa. ni ada satu lagi Friends list kat Timeline korang. bagi yang dah convert kepada Timeline laa. satu tadi yang ada 8 orang tu kann. ada satu lagi yang kecik punya kat atas dia, bawah DP korang, sebelah about. hope korang jumpa. so yang list ni ada 6 orang sahaja and kotak dia kecik comel je macam tuan dia. yang ni pulak, menurut website mana tah, the author states that:


At the top of the new Facebook Timeline profile, the 6 friends photos that facebook chooses for the smaller friends list box across the top banner is much more likely to show friends that are more likely to be your closer friends (and/or facebook stalkers, crushes, or recently interacted with friends). It's also clear that the friends shown are much less random "friends" and very much tied to interactions on facebook (recent interactions seemingly playing a large role). 


maksudnya, kesemua 6 orang tu terpilih disebabkan diorang adalah kawan rapat anda kat FB. dengan kata lain orang yang selalu anda interact, or diorang yang interact dengan anda. orang-orang yang interact dengan anda recently akan lebih senang nak terpampang kat list tuu. tapi bukan semua tau. kalau semua tu adalah orang yang recently interact, kantoi la nanti kita chat or balas-balas comment dengan siapa kann. hihihi. antara interactions yang menjadi faktor termasuklah:

-Profile views (anda tengok profile diorang or diorang yang tengok profile anda)
-Photos you've been tagged in (or anda tag gambar diorang)
-Wall posts
-Likes and/or comments
-Photos viewed (anda tengok diorang punya gambar or diorang yang tengok)
-Online friends
-Chats or Private messages sent between friends

so, ini hasil daripada Timeline saya yang baru je print screen tadi:

kecik kan? kan saya dah kata tadi. :p
well, betul jugak. antara mereka ber enam tu, ada je orang yang saya baru chat, comment kat post diorang, and tengok + like gambar diorang. still wondering what algorithm that Facebook uses. -__-"
menarik kan? sekarang anda dah tahu pasal benda ni. so, share la benda ni kat kawan-kawan, pakwe or makwe, abang, adik, and family semua. hehe.

owh yee. haritu tiba-tiba terfikir nak ikut Haikal and Adzam main satu post yang ada tag-tag ni. ingat nak post jugak kat FB, tapi risau pulak bila dengar ada yang tak prefer nama diorang di-tagged kat post tu. maklumlah FB ni sangat public. kalau kita tag nama orang kat status or post dari kita, kawan-kawan diorang jugak boleh view kat profile or timeline orang tuu. cuma kalau tag dekat comments je diorang takboleh nampak kann. well, I respect that. so saya just print screen and post kat sini je la yee. and game tersebut adalah seperti yang berikut:


korang jangan click "Post" tu! :p
ahhaa. saje suka-suka. pelik jugak game ni. apa yang disuruh tag, contohnya 

"I have a crush on (tag A) : "

kenapa la mesti huruf A. takpasal keluar nama Adzam. kantoi sudaa. :p. so, anggap je la benda ni sebagai satu fun game yang saje-saje nak buat kita gelak. hehe.

saje nak cerita, kat column belah kanan blog ni ada satu element baru, "Targets & Wishes" yang takboleh tick tu maknanya masih belum tercapai. dan ianya disusun mengikut daripada jangka masa pendek , hinggalah ke jangka masa panjang punya target. so setakat ini sahaja la daripada saya.



Assumption No. 28:
I'm afraid to make the move
because i'm afraid 
it would be wrong.
-till when it'd  be like this?
that's all folks!
thanks for reading this entry kayhh. :)
see YOU again in the next post yaww.
Adiouszx and Salamun Alaik.

READMORE



Please Like. ;)
 

The Hunches.

Assalamualaikum and hello para pembaca yang sudi singgah. :)

Current mood: Glad.
Current song: You're Still The One - Shania Twain.


firstly sengaja nak bagitahu sejak dua hari ni saya busy sikit. draft paperwork, setting balik blog ni dan lain-lain. rasa nak update blog tu kurang sikit. sehingga la sekarang ni. baru terniat nak update. :p




Hunches (plural) or Hunch (singular) bermaksud gerak hati. (Google Translate, 2012). ataupun dengan kata lain firasat. gerak hati ni ada banyak jenis sebenarnya. antaranya, korang pernah tak tiba-tiba tergerak hati nak buat sesuatu sebab rasa-rasa macam nak dapat sesuatu yang korang sendiri tak pasti akan berlaku?

err. faham tak? okayh, biar saya bagi contoh:


"korang ni peminat setia Running Man, nak-nak Kim Jong Kook tuu. and kebetulan Running Man time tu ada kat Malaysia sebulan. so pada suatu hari ni, korang pergi la Pavillion, BB tu dengan niat nak beli Crocs baru. Maka terjadi la scene korang terkaku 10 saat tengok Kim Jong Kook tengah shopping beli kasut kat kedai Crocs tu jugak."


lebih kurang macam tu la ceritanya. tergerak hati nak pergi Pavillion beli Crocs sebab rasa-rasa macam nak dapat sesuatu. rupanya, ohh dapat jumpa Kim Jong Kook rupanyaa. auwww. <3
berbeza pula dengan nasib. nasib ni sebenarnya benda yang memang kita tak expect dan tak terlintas langsung akan terjadi.

bagi saya, semua orang ada kelebihan yang macam ni. betul kan? cuma yang membezakan dengan setiap orang adalah banyak or sikit jee. mungkin anda banyak kali mengalami or mungkin kadang-kadang jee. tipu lah kalau takpernah kann. even kalau kita main kad UNO pun kita boleh rasa. hihihi.

saya ni nak kata banyak kali tu tak jugak. nak kata kadang-kadang pun tak jugak. dalam 40% laa. so, post kali ni sebenarnya nak share je hunches yang pernah saya lalui. ececehh.

firstly, baru je berlaku semalam. saya macam biasala la phone terbiar atas katil kat bilik tuu. waktu cuti ni memang macam takde phone jee. charge phone pun seminggu sekali dua. *sedih kann?* :p
tapi saya akan check phone saya 5 kali setiap hari. ahhaa. senang kata tiap kali lepas habis solat laa. okayh sambung balik, lepas je solat Zuhur semalam, tiba-tiba tergerak hati nak letak phone yang tak ber-credit tu kat hall sambil online. lagipun tengok battery dah nazak. charge la sekali kat laptop saya yang dah baik ni. hihihi.

tengah elok-elok online, tiba-tiba ada ringing tone. mula-mula tak tahu yang tu ring tone phone saya. maklumlah, tu phone baru ayah kasi pinjam and tak silent mode pulak bila tengah charge. -.-'. agak lama la baru saya sedar and angkat panggilan tuu. tengok number orang yang call tu, 07******* ni sah nombor dari Johor ni. kat otak ni dah terfikir ni mesti dari UiTM.

maka dengan pantasnya, sebab dah lama sangat:

Me: Hello, Assalamualaikum.
Dia: Hello, Waalaikumussalam. Ni Muhaimin Naim ye?
(owhh. permpuan rupanya. dalam hati ingat ni member nak tipu. suara pun macam member jee)

Me: Ahhaa. ye saya. siapa ni?
Dia: Saya dari UiTM, Bahagian HEP. ada apply jadi PM (Pembantu Mahasiswa) kan sebelum ni?

Me: Ahhaa. ada, sebelum cuti haritu.
Dia: So, awak terima tak?

Me: Hrmm. boleh. saya terima. so boleh bagitahu saya details and procedures  dia macamana?
Dia: Awak register kat kolej Baiduri 28hb nanti. bla.. bla.. bla.. blaa..

Me: Owhh. okayhh. terima kasih yee. Assalamualaikum.
Dia: Sama-sama, waalaikumuusalam.


well, my hunch was right. sebelum ni Haikal ada bagitahu yang kalau nak tahu kita diterima jadi PM or tak, akan ada call dari pihak HEP. then semalam tiba-tiba terdetik nak bersama-sama dengan phone tuu.

tak habis kat situ jee. ada sambungannya lagi. lepas je habis call tu, sambung balik charge and online. then nak call Haikal tanya dia. tapi credit saya kan takdeee. lepastu  tiba-tiba terfikir and terasa pulak yang Haikal akan call kejap lagi. tak sampai 5 minit kemudian, bunyi lagi ringtone yang tak berapa familiar tuu. tapi kali ni saya dah tahu tu ringtone saya. :p

tengok-tengok, terpapar nama "CS Haikal". saya agak teruja sebenarnya. tapi bukan sebab firasat saya betul, tapi sebab lebih kepada ada jugak orang yang call saya. haha. :p
haikal call bagitahu yang dia pun dapat jadi PM, tapi takdapat join 3 days camp tuu. then dia cerita pasal dia kena tipu dengan member dia pasal MLM. kesian. baru balik bercuti, then kena tipu pulak. bersabar yee. and lebih bersabar apabila dia tengah cerita tu, tiba phone saya mati disebabkan battery empty. haha. nasib la haikal~





tu baru sikit. ada lagi sebenarnya nak cerita. tapi sekarang tengah layan Super Spontan lepastu ada Karoot Komedia pulak. focus lebih kepada cerita tuu. mungkin, saya ulang, mungkin, akan ada sambungannya untuk entri ni. bergantung kepada mood saya untuk next update nanti. so, sampai sini sahaja ye untuk post kali ini.



Assumption No. 27:
This picture is not going to be fade, 
neither be removed. 
It might be replaced, 
but with no one else.


-true story



That's all folks!
Thanks for reading kayhh. :)
See YOU again in my next post.
Adiouszx and Salamun Alaik. 



READMORE



Please Like. ;)
 

First Time Deliver Talk

Assalamualaikum and heyy para pembaca yang dah mula kurang sedih disebabkan post saya haritu. :p

Current mood: Hungry.
Current song: Somebody That I Used To Know - Gotye Featuring Kimbra

kali ni takde sedih-sedih dah. just nak share sikit pengalaman jadi penceramah ni.

25 Februari haritu, saya berangkat dari Segamat, ke sebuah masjid daerah di Negeri Sembilan. lupa pulak nama masjid tuu. seawal subuh saya bangun dan setelah selesai solat semua, saya menunggu Puan Zuriati (Lecturer) ambil saya kat bawah kolej tuu. dengan sejuk subuh, + sejuk aircond kereta + sejuk nervous nya masa tuu. hehe.  owh yee. ada lagi sorang student yang baru je habis course CS masa tu ikut sekali. tak tahu nama penuh dia, tapi saya panggil dia Shima.

tujuan kitorang ke negeri sembilan tu adalah untuk bagi talk kat para pelajar SPM, PMR dan UPSR. sepanjang perjalanan tu, kitorang pun bercerita la macam-macam cerita. nasib baik Shima tu agak suka bercerita. takde la sunyi je dalam kereta tu. hehe. anyway, boleh tahan laju and pro jugak Puan Zuriati bawak kereta tuu. fuhh.

dalam lebih kurang 2 jam macamtu, sampai la kat masjid tuu. ingatkan students yang datang sikit jee. sebab nampak kasut takde la banyak mana pun. masuk je dalam tengok, boleh tahan ramai jugak laa. ada la dalam seratus lebih. masa kitorang masuk tu, suami Puan Zuriati tengah conduct diorang nii. and dia kata lepas dia habis, turn Puan Zuriati, lepastu minum pagi kejap. lepastu baru turn saya and Shima.


ini la masjidnya. lupa pulak namanya.


owh yee. tajuk yang saya dapat adalah "Membentuk Matlamat dan Istiqamah". tajuk tu saya dah dapat dalam seminggu awal. so dapat la saya buat sedikit persediaan. sebenarnya tak banyak masa yang saya ada untuk buat persediaan. sebab waktu tu sangat banyak quizzes and tests. I can conclude that I've made my self prepared on a night before the February 25th. fuhhh. masa turn Puan Zuriati, saya spend masa kat students PMR. borak-borak dengan diorang. kelakar jugak diorang tuu. rindu zaman saya PMR dulu. :')



Berselera semua. time kat dalam mengantuk je muka. :p

okayhh. lepas selesai minum pagi, sampai la turn saya untuk bagi talk. actually masa yang diperuntukkan untuk saya adalah sejam, and Shima sejam. tapi saya cakap dengan Puan Zuriati minta kurangkan sikit. takut takbanyak yang saya boleh sampaikan. almaklumlah first time kann. hehe. so Puan Zuriati pun panjangkan la sikit sesi dia. lepas dia habis, baru la dia jemput saya. fuhh. agak nervous sikit time tuu. lepas  puan kenalkan saya and Shima, maka majlis tu diserahkan sepenuhnya kepada saya. woww.

ni front slide saya. market sikit. :p
di bantu oleh: kalcubemaster

so, macam biasa, mesti ada sesi pengenalan diri. apa yang saya ceritakan adalah ringkasan kisah hidup saya sejak dari sekolah rendah, sampai la saya berada kat depan diorang tuu. alhamdulillah diorang semua tertarik dengan cerita saya tuu. kisah UPSR saya, kisah hidup dan kejayaan kat asrama dulu, dan juga kisah kejayaan saya ketika berada di UiTM Segamat ni. diorang semua mula tertarik bila saya ceritakan kisah kawan saya yang mendapat straight A+ waktu SPM dulu, sampai la saya cerita keputusan exam saya setiap semester kat UiTM ni.

cerita punya cerita, dah nak setengah jam saya kenalkan diri saya. saya pun tak sedar waktu tuu. then baru saya proceed dengan slides saya. total slides ada la dalam 15 slides jee. slide yang saya buat tu, saya prefer buat in form of points jee. sebab nanti saya takkan la membaca, pandang screen kat depan, and diorang pun bosan. so bila dalam bentuk points ni, saya akan lebih menggalakkan diri saya to interact with the audience, talk spontaneously based on the ideas in my head, and they feel my existence.

saya kadang-kadang rasa serba salah bila apa yang saya ceritakan membuatkan diorang tepuk tangan or ketawa. ye laa. dalam masjid pulak kann. tapi saya rasa tak kisah kot. yang penting tidak membuka aib, tak melalut, and diorang dapat apa yang ingin disampaikan tuu. habis semua slides, saya rasa lega sikit. tapi rasa macam tak berapa puas. yelaaa. nama pun manusia kann. mana pernah puas. :p. maka lepas je habis tu, saya serahkan pula kepada Shima. overall, saya berpuas hati bila dapat respons yang baik daripada diorang. alhamdulillah.

Shima punya talk pun not bad. saya tertarik dengan cerita dia. dia kata, dia repeat satu paper programming waktu dia part 1, lepas je daripada tu, dia terus takde repeat and semua paper programming lepas tu dia score A. kiranya dia lepas je repeat satu paper tu, dia terus usaha sampai dia berjaya and puas. dia pun sama macam saya, langsung takde apa-apa basic programming waktu sekolah dulu. and dia adalah salah seorang yang berjaya grad on time among her batch. she should be proud isn't it?

habis je talk dari Shima, maka habis la program tu. dan program tu selamat diakhiri oleh suami kepada Puan Zuriati, Ustaz Hilal. tapi sebelum diorang balik, masjid tu ada sediakan lunch. alhamdulillah. jimat lagi duit. hehe. dah la dapat lunch, then saya dapat extra bungkusan bawak balik kampus. rezeki jangan ditolak kann? :p

alhamdulillah lagi bila saya dapat sedikit sebanyak pemberian yang saya tak expect pun akan dapat. sekali lagi, rezeki jangan di tolak. hehe. so lepas ni siapa-siapa nak saya bagi talk, inshaAllah saya boleh bagi. tapi jangan la kat majlis yang besar-besar pulak. saya ni bukannya hebat mana pun. sekadar share pengalaman je boleh laa. actually masa kat asrama dulu saya ada juga terniat untuk jadi penceramah. hihihi.



beberapa gambar yang sempat saya snap.


so itu sahaja la daripada saya untuk post kali ni. minta maaf kalau takbest. maklumlah, bukan semua pengalaman tu seronok kann. kalau rasa-rasa tertarik, nak tahu lebih lanjut, tanya je la saya. inshaAllah saya akan kongsi lagi.



Assumption No. 27:
Actually,
there are no obstacles.
Only excuses.

-so, never give excuses or reasons.




well, that's all folks.
thanks for reading, sorry if boring. ^^ v
see YOU again in the next post yaa!
Adiouszx and Salam Alaik.
READMORE



Please Like. ;)
 

The Goodbyes.

Assalamualaikum and hello pembaca yang terkejut tengok saya dah update blog. :p

Current mood: Exhausted.
Current song: I Won't Give Up - Jason Mraz (You're currently listening to this)

well, 2 bulan dah saya tak update. last sekali was on February 5th. fuhh. actually there are a lot of stuffs to be shared here. but, I think I've told that I've problem with my lappy and wifi before isn't it?

tangguh punya tangguh,  cerita-cerita yang saya simpan tu, akan saya cerita (Giving a Talk, Terengganu Visit, Muar Visit, PHP Develope, New "Baby" etc.) di masa akan datang. kali ni saya just nak cerita hari-hari terakhir Kursus PHP and Soft Skills yang super awesome, even kat UiTM Segamat jee.

cerita ni agak sedih. kalau rasa tak suka or rasa macam mengada-ngada ke, saya tak paksa untuk anda teruskan. maklumlah, bukan semua orang berhati lembut kann. :p



April 27th, was a crucial date that sacrifices a number of my friends. friends that I've shared bitter-sweet moments. friends who have stayed together for a long time, and even recently met. that day also forces me to figure the upcoming "Goodbyes". but I force myself to not figuring them.

masa hari tu, saya balik bilik, tengok room mates semua macam biasa jee. so, saya expect mereka semua dapat keputusan yang memuaskan. saya pun mula la berasa lega. sampai satu masa, salah sorang antara mereka cakap "aku dah graduate dah naim. kau bila lagi?". hati saya mula rasa lain. I wondering why that words came from his mouth. saya pun tanya "asal pulak weh? result kau okayh tak?". then THEY said "aku dengan dia dismiss doo. sangkut paper tutttt". mannnn. the unwanted feeling suddenly surrounding me. masa tu, saya tahu dua orang tu je yang dismiss dalam bilik tuu. I hold that feeling. glad I can control it.

sampai azan, kitorang semua gerak ke masjid nak solat jumaat. lepas selesai solat, saya stay kejap. lepastu datang room mate saya yang sorang lagi. he came, sat besides me, and said "bye naim, lepas ni kita tak jumpa lagi dah. hehe" with a small laugh. I shocked and asked him, "laa. kenapa pulak?" and he replied "aku, dia, dia, dan dia dah dismiss dah. tinggal kau dengan yang sorang lagi tu je la kat bilik nanti". saya dapat tahu lagi 2 orang kawan saya kurang bernasib baik. I can't hold and control that feeling any longer at that time. siapa yang tak sedih kan bila kawan-kawan kita, sekali berjemaah nak tinggalkan kita? tak tahu la kalau saya sorang je yang sedih. well, saya nasihatkan diorang jumpa KP or PA and HEA.

dah jumpa, bincang and clear semua, two of them terpaksa meninggalkan, one of them buat rayuan, and another one masih mempertimbangkan lagi. kesemua mereka sebilik dengan saya sepanjang sebulan saya berkursus. mereka jugak planned untuk teruskan intersesi diorang. but a few days later, a notice stated that, dismissed students are not allowed to continue their intersessions lecture. woww. this is the most crucial one. that piece of paper forces them to leave. what da. . . .

the unwanted feeling was well-controlled. until my second goodbye, which was to three of my friends. one of them was my class mate for three out of four semesters. and he also my room mate during my one month PHP course. and what can I say at that time was "kau jangan putus asa. aku nak kau berjaya kat luar sana. and aku yakin kau boleh!" dan untuk sedapkan hati sendiri, saya tambah "rumah kita dekat je, nanti nak lepak roger-roger laa. aku takde hal". and a little joke I added.

my first goodbye was to my another room mate. tak sempat jumpa dia sebab dia balik time saya tengah kursus. ingatkan dia akan balik segamat lagi nanti. rupanya dia terus packing untuk stay kat rumah dia sehingga la dapat keputusan rayuan dia tuu. well, agak sedih sebab rumah dia boleh tahan jauh. nak melawat pun kena tunggu raya la kott. tu pun inshaAllah kalau sempat. ingatkan dapat juma dia semalam, time wedding kakak dia. but my another room mates suffered an accident. dan ianya menambahkan lagi kesedihan dan kerisauan saya. betul-betul punya risau. haihhh.

malam tadi, goodbye yang keempat pulak. dia la salah sorang yang accident. saya lebih mengenali dia semenjak terpilih menjadi exco ni. hrmm. memandangkan saya pernah datang rumah dia, naik basikal tepi sawah pagi-pagi, mandi kat sagil sebab rumah agak dekat kan kat segamat tuu. so kalau apa-apa hal nak jumpa ke, boleh lepak sana. tu pun bila saya ada kat segamat je laa. dan saya ada cakap kat dia yang "kau kat luar sana mesti kena berjaya. fikirkan keluarga and parents kau. anak sulung ni besar tanggugjawabnya. aku tahu kau boleh". dan dia cakap "inshaAllah. thanks naim. apa-apapun sorry tau. raya nanti datang rumah aku laa. hehe". saya pun kesian tengok dia jalan terhenjut-henjut. tahan sakit la katakan. well, end of my fourth goodbye.

minta maaf la saya ni lompat-lompat saya punya goodbye. dari yang second, ke yang first. then terus lompat yang fourth. saje nak test korang punya alertness. hehe. so goodbye yang ketiga, adalah kawan-kawan saya sepanjang kursus PHP tuu. and yang paling rapat adalah kami berempat, Saya, Asuat, Farhana and Ameerah. rapat punya rapat, tiba-tiba tercetus nama "The SZX's Family". well, masing-masing ada nickname. saya - yiemszx, asuat - asuatszx, farhana - farahszx, and Ameerah - miyaszx. semakin nak habis kursus tu, kitorang jadi semakin rapat. mana taknya, duduk depan belakang jee. hari-hari gelak-gelak dengan FB nya, "net send" nya, tengok The Avengers sama-samanya. and at that time I learned, "we met with lot of joys, thus when it comes to separate, it must with joys too. no tears". I know it was tough right? but I've promised to make a small reunion, just four of us. inshaAllah it will be happened kayhh. ;)

Asuatszx | Yiemszx | Farahszx | Miyaszx

and my fifth and recent goodbye was to my another room mate. and he's my another friend that suffered the accident. saya ajak dia balik tumpang saya tadi. alang-alang ayah saya yang ambik saya balik rumah. and alang-alang rumah kitorang takde la jauh mana kat KL ni. and the goodbye was at in front of his house. dengan rumah dia takde orang tadi. yang penting dah tahu rumah dia. nak melawat ke nanti senang sikit. hehe. lagipun tadi dia kata dia akan ambik exam MUET kat Segamat nanti and akan lepak-lepak kejap awal sem depan.


well, panjang sangat dah ni rasanya. cukup la sampai sini jee. so kepada mereka-mereka yang saya mentioned kat atas ni, saya minta maaf sangat-sangat ye atas segala salah silap dari saya. gurauan saya yang melebih-lebih tu kee. semoga kita jumpa lagi ye nanti. hehe. 
dan kepada mereka-mereka yang sedah menempuhi intersesi, terutamanya class mates saya, buat la sehabis baik yee. jangan leka dan lalai. saya disini sentiasa mendoakan korang semua. :')
owh yee. yang sedang menderita kesakitan tuu, get well soon dudes. hehe.


Assumption No. 26:
I hate to say goodbye to the persons 
who have stayed together for a long time, 
and will leave me for a long time. 

-It's kinda pathetic. :/



well, that's all folks.
thanks for reading, sorry if boring. ^^ v
see YOU again in the next post yaa!
Adiouszx and Salam Alaik.
READMORE



Please Like. ;)
 

First half of the fourth semester (Part 2)

Assalamualaikum and heyy para pembaca yang sudi nak baca post ni.

Current mood: Over-thinking.
Current song: Tanpamu - Amir Jahari.

okayhh. semalam cerita pasal more to academically, sekarang cerita pasal personal life. personal yang bukan private okayhh. private buat apa bagitahu korang kann. :|

ceritanya begini,
pada mulanya, minggu pertama sememangnya rasa macam kurang bersemangat. tiba-tiba wujud rasa janggal kat dalam class tuu. takmacam previous semester. mungkin disebabkan faktor seronok bercuti. (padahal cuti tu lagi la tak seronok).

kesilapan last sem telahpun diselesaikan sedikit demi sedikit. alhamdulillah semuanya lancar. :')

sehinggalah mingu-minggu yang seterusnya, setelah peristiwa yang paling saya taknak lalui (tapi kena jugak lalui), ada la dalam lebih kurang 2 minggu macam nightmares haunting me back. memang rasa tersangat la pressure. only Allah knows my real situation at that time. and alhamdulillah I've well-undergo the recovery process. err. rasanya sekarang masih lagi dalam proses tuu. thanks to all my friends for always help, support and strengthen me. sangat menghargainya. terutamanya Jija. and also all my awesome classmates.

sampai pulak bulan kedua, memang bertambah-tambah penat and pressure nya. well, second month biasala dengan quizzes yang berlambak, + first test for each subject and tak lupa jugak dengan assignments. fuhhhh. once again alhamdulillah my friends and I have faced it calmly. it was absolutely tough. no offense.

disebabkan terlalu pressure, saya mengamil langkah untuk turun beriadah dengan classmates saya bagi me-release-kan apa yang perlu di-release. yupp. ianya sangat membantu even dapat penat. but kami semua dapat sihat. ;). apa yang kitorang main? bola tampar la yang paling utamanya. sememangnya sangat seronok. agak rugi bagi sesiapa yang tak join. kan Fauzy, Ayep, Haikal, Ika, Hasan, Dina, Mariam, Hana, Keyna, Ina, Azam, Durra dan lain? huhu. owh yee. mungkin bagi korang tidur lagi untung kann. k finee.

buat pengetahuan semua, sem ni merupakan sem yang paling saya susah nak kawal emosi. jadi, bagi mereka yang kecil hati, terguruis perasaan ke, saya minta maaf la banyak-banyak yee. sebenarnya setiap hari saya sentiasa berusaha untuk kawal diri saya daripada nak marah-marah. that's why kalau korang perasan yang kadang-kadang saya prefer senyapkan diri or buat-buat taklayan. sebab rasanya itu la yang terbaik daripada benda lain pulak yang jadi.

*satu benda yang saya takpuas hati bila orang taknak mengaku salah, even sedikit pun salahnya. yang dah pun mintak maaf tu bagus laa. memang saya dah maafkan. :)

rasanya ni je la untuk malam ni. otak ni still penat and tak cukup rehat lagi akibat assignment ni. so idea gagal dimanfaatkan dengan sempurna. tengok cara post ni diupdate pun rasa macam takde semangat je kann? takpe-takpe. harap-harap lepas ni akan banyak lagi idea and semua idea tu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. inshaAllah. :)



Assumption No. 25:
Sometimes there came 
two choices to be chosen;
To forget or,
to be forgotten.

-to be forgotten is worse than death.




well, thats all folks.
thanks for reading yee. :)
see YOU again in the next post!
Adiouszx and Salamun alaik.
READMORE



Please Like. ;)